Sunday, 21 September 2014

Ujian Sebuah Istiqamah

Aku suka untuk menyantun pendahuluan cerita dengan mengungkap sebuah kisah yang diceritakan sahabat aku di facebooknya:
...
Singgah di masjid, tengok ada seorang abang yang selalu saja ada di masjid lima-lima waktu solat. Asyik muka dia saja. Hairan. Lalu aku mendekatinya.

Tanya apa tipsnya sampai istiqamah ke masjid untuk solat tu?
"Mula-mula latih diri, dalam sehari, pergi ke masjid sekali. Sebulan abang buat macam tu. Sehari, pergi sekali. 

Bulan kedua, tambah satu kali lagi. Dua waktu sehari pergi masjid. Dua bulan abang ambil masa.

Bulan keempat, tambah lagi satu. Jadi, tiga waktu. Tiga bulan latih diri istiqamahkan 3 waktu sehari.
Bulan ketujuh, tambah lagi satu

. Yang ni, lama sikit masa ambil. Memang lama. Bermacam-macam dugaan ditempuhi. Dugaan paling besar adalah malas. Dugaan tayar pancit, demam, kerja banyak tu semua dugaan kecil.

Tahun yang kedua, baru dapat cuba 5 waktu dan abang cuba istiqamahkan sampailah sekarang. Masih mencuba sedaya upaya lawan nafsu. Nak pupuk dan didik diri, inilah perkara paling menyeronokkan dalam sehari-hari. Lebih seronok dari pergi melancong. 'Melancong' ke masjid 5 kali sehari. Indah.

Perjuangan ni akan berlangsung seumur hidup. Biarlah dalam hidup ni banyak duka lara sekalipun, tapi bila pergi ke masjid hati rasa terubat, hati gembira. Hidup ni tak lama. Kalau abang tak mampu buat yang lima di masjid ni, entahlah abang nak balik ke akhirat sana dengan berbekalkan apa."

Aku tengok wajahnya. Cerah. Sejuk mata dan hati. Mungkin berkat dari ketabahan dan kerajinannya ke masjid. Dari malas menjadi ikhlas.
Indahnya bila nur telah melimpah di hati. 
...

Ya, aku bersetuju dengan post Muhammad Rusydi tersebut. Ujian berat bagi melakukan perubahan pada diri ialah istiqamah. Setiap orang yang berusaha menjadi baik pasti akan diduga dengan hati yang berbolak balik. Takkan sempurna iman tanpa diuji.


Aku pun turut diuji dengan istiqamah.

Ada satu ketika, aku duduk termenung. Mengenang pelbagai konflik dalam minda. Aku sedar diri aku dibius kemurungan. Menyedari usia sudah semakin dewasa, ramai pula rakan- rakan yang semakin gemerlapan dalam karier dan kehidupan . Ada yang sudah bernikah, ada yang sudah hidup mewah & bekerjaya. Sedangkan pada diriku, apa yang ada? Siapa aku untuk tidak dijentik cemburu. sedang aku disisih & berperasaan tidak diberi peluang sama rata di organisasi.

Aku tertekan, makanya aku berusaha menenggelamkan keresahan aku dengan cara yang salah. Hidup terasa semakin gelap. Jiwa semakin memberontak & terasa tiada pertolongan.

Dalam beberapa ketika aku cuba menenangkan diri. Aku menarik nafas dalam,berfikir & mengosongkan jiwaku. Aku mengumpulkan semua tenaga & fokus. Apa harus aku lakukan?

Di dalam hati aku berdoa,

"Allah, semua ini satu kesilapan. Aku sebenarnya yang bersalah. Inginkah kau membimbingku?"


Aku terus termenung, mengenangkan apa perubahan yang harus aku lakukan. Terdetik di hati, perubahan perlu dilakukan pada dasarnya, pada perkara basicnya. Apa paling dasar & basic pada diriku?

R U K U N   I M A N
R U K U N   I S L A M

Perkara ini nampak terlalu mudah. tapi bukanlah mudah untuk dilaksana. Semakin tua, bila hati dah semakin keras, semakin dilanda wahn, aku merasai ia bukan mudah dilaksana.

Ada apa pada rukun iman?

- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Malaikat
- Percaya kepada Kitab- kitab
- Percaya kepada Rasul- rasul
- Percaya kepada Hari Kiamat
- Percaya pada Qada' dan Qadar

how about rukun Islam?

- Mengucap 'dua kalimah syahadah' : aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu Pesuruh & utusan Allah
- Menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari
- Menunaikan zakat
- berpuasa di bulan Ramadhan
- Menunaikan haji

Is it simple? Ya, namun manusia mudah lupa.

Aku termenung bila memikirkan setiap kefardhuan yang tersangkut di bahu aku. Ini perkara simple yang Allah wahyukan kepada baginda Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diwasiatkan kepada seluruh umatnya.

Bila aki semak satu persatu, apa yang jarang saya lazimi? Ambil contoh percaya kepada kalam Allah iaitu Alquran. Apakah saya begitu istiqamah membaca Alquran? Apakah saya sudah hafaz?

Tidak. Malah aku tak rajin membacanya.
Ya Allah, alangkah ruginya.

Oleh kerana itu, aku cuba untuk perlahan- lahan istiqamah untuk membacanya ketika selepas solat fardhu. Paling tidak 20 ayat untuk setiap waktu. Aku sediakan jadual & checklist.

Namun aku tetap kecundang kerana aku manusia biasa. Kerana itulah aku sesalkan.
Bagaimana ingin menjadi kuat jika gagal untuk tabah & gagal menggagahkan diri?

Itulah moral dari kisah yang aku kongsikan dari cerita Muhammad Rusydi tersebut. Sebuah perubahan pasti memakan masa. Untuk istiqamah, ujian dan godaan pasti akan kerap menghinggap diri. kerana itulah sebaik- baik amalan adalah yang sedikit tetapi istiqamah.





No comments:

Post a Comment