Aku terfikir sejenak, bila kita memaksa diri menelan juadah ini, samakah kita menerima cabaran dalam kehidupan kita? Adakah dengan menelannya kita akan menjadi manusia yang dianggap baik?
Makanan yang terhasil adalah dari tangan manusia, cara kita goreng boleh jadi igauan orang. Jika salah jadi kutukan orang.
Namun, adakah kerana menelannya dengan perasaan terpaksa redha, akan menjadikan kita manusia yang benar- benar bersyukur? Adakah jika aku katakan juadah ini TOTALLY OUT bermakna aku tidak bersyukur? Atau adakah bila sudah menganjak usia kedewasaan, aku menjadi lelaki yang Typical atau "lelaki- lelaki yang sama saja" ?
mungkin kerana bila dah lapar, aku main bedal. Atau bila nanti isteri masak tak sedap, aku kata "oh sedapnya isteri aku masak..." walhal masin pahit gedoboh. Pujian hanya kerana menjaga hatinya sahaja.
Kenyataannya dunia yang semakin mencabar akan terpaksa juga ditelan. Harga barang meningkat, hartanah melambung tinggi... Itu belum lagi ditambah beban utiliti loan kenderaan, kos sara keluarga dan lain- lain.
Kenyataan itulah seperti memaksa menelan zakum dalam kehidupan. Penuh berduri tertapi terpaksa menelannya. Jika tidak akan kelaparan dalam bahang neraka dunia.
Tadi aku melihat satu katalog harga rumah. Memang niat ingin membeli seunit idaman hati. Namun perhatikan sajalah harganya pasti akan merobek hati dan perasaan. Sudahnya harga puluhan malahan ratusan ribu jauh lebih mahal dari harga rumah di kampung halaman. Alahai, gusarnya hati.
Dunia ini sentiasa menggelapkan hati. Terasa seperti mengejar matlamat yang salah atau aku diserang virus Wahn? Dunia, janganlah kau menjadi kiblat (arah tuju) kehidupan kami.
Apakah harus aku lakukan?
Kiamat makin hampir, tapi hutang makin kau tambah.
Aku teringat pesanan Allah "jika kau menjaga aku, aku akan menjagamu". Sweet janji Allah ini.
Allah akan menjagaku jika aku menjaga hak Dia.
Hak- hak Allah termasuklah
melakukan perintah, dan meninggalkan suruhannya,Bak kata pujangga, harta tak mampu membeli segalanya, namun dengan hartalah keperluan akan diisi.
menyembah & tidak menyekutukannya,
menunaikan hak & tanggungjawab ke atas segala rezeki yang diberi,
memelihara diri & keluarga dari api neraka,
menunaikan zakat & berbuat baik keatas hamba- hambanya dan sebagainya.
Allah akan menjagamu, daulatkanlah haknya pada dirimu.
Solat Dhuha jangan lupa...
Salam